Selamat datang kepada semua pengunjung ke laman web rasmi MGC Kuala Krai. Laman ini telah dicadangkan dibina secara rasmi pada mesyuarat MGC Kuala Krai kali ke 3 pada 9.11.2010 bertempat di bilik mesyuarat SK Kampung Tengah. Serentak dengan itu juga 2 orang ahli MGC Kuala Krai telah dilantik untuk mengawal selia laman web ini. Maka pada hari ini, MGC Kuala Krai telah muncul di alam siber untuk mendepani arus kemajuan dalam dunia pendidikan hari ini.

Tuesday, November 9, 2010

Logo Majlis Guru Cemerlang Malaysia



G - Guru
Jawatan Guru Cemerlang ( di Sekolah, Institut Perguruan dan Politeknik) dalam sistem pendidikan di Malaysia

C - Cemerlang

M – Majlis – satu agensi profesional pendidikan ( guru) yang terdiri daripada Guru-guru Cemerlang atau Pakar dalam pelbagai matapelajaran.

Bahagian Muka G dan C yang terbuka dan bulatan dalam C
Sifat GC yang terbuka kepada pendapat orang lain, keilmuan dan inovasi

Garisan Merah mengeliling G
Satu kumpulan profesional pendidikan iaitu Guru Cemerlang yang berkerja sebagai satu pasukan diseluruh negara

Warna Merah pada huruf M
Sentiasa dedikasi, penyungguhan kendiri dalam kerja.

Warna Emas
Sentiasa bersinar melambangkan sentiasa cemerlag dari segi personaliti, pengetahuan dan kemahiran, kerja, komunakasi dan potensi diri. Melambangkan kecemerlangan berterusan.

Warna Biru
Keperihatinan ( Kecintaan) tinggi terhadap profesion perguruan dan mengutamakan pelanggan ( Pelajar dan ibubapa/masyarakat)

No comments:

Post a Comment